Monday, March 26, 2012

KALAU CINTA, JANGAN EGO !!

Sifat ego sebenarnya boleh dihapuskan dengan satu perkataan mudah iaitu 'terpaksa'. Contohnya jika suami anda terpaksa akur untuk dibuli. Terpaksa menghantar anda membeli-belah walau dia tidak suka. Terpaksa mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah kerana anda sibuk ke luar daerah. Terpaksa makan ala kadar setiap hari sebab anda tak mungkin masak dalam keletihan. Terpaksa menghadkan masa melepak bersama rakan-rakan atas arahan permaisuri di rumah.

Sebenarnya perkataan terpaksa ini begitu menolong kita dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri. Anda juga sering merasa terpaksa dan ia amat membantu anda dalam menekan sekuat-kuatnya sifat ego di hati.

Bukankah anda terpaksa menerima kedatangan ibu mertua yang sakit sementara anda kebetulan sedang sibuk sangat dengan tugasan di pejabat. Anda terpaksa bermanis muka dengan ipar duai yang selalu buat hal. Anda terpaksa mengurut suami yang mahu bermanja sedangkan anda begitu keletihan dengan kerja rumah.

Kalau lah perkataan terpaksa itu tidak ada dalam kamus hidup anda, pastinya akan huru-hara rumahtangga yang dibina dan kekuasaan ego akan bertakhta di hati. Buat apa susah-susah berkorban untuk suami, kalau suami pun tak mahu tunjukkan kasih sayang dan pengorbanannya?
Buat apa bermanis muka dengan keluarga suami kalu keluarga kita pun dia tak hormat?

Suami pun berkata dalam hati, "Buat apa aku berjimat sedangkan isteri sesuka hati buang duit lampiaskan nafsu shoppingnya?"

Buat apa aku setia kalau isteri macam tunggul mati?

Wahhhh sungguh bahaya kalau sifat ego begini dibiarkan menjadi-jadi!!

Mengapa suami dan isteri mesti memelihara rasa terpaksa dalam hati? Bukankah dia seolah-olah tidak ikhlas? Sebenarnya perkataan itu adalah permulaan daripada sifat ikhlas dengan syarat selepas rasa terpaksa kita mesti betulkan niat menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Awalnya memang terpaksa, tapi lama kelamaan setelah hati terbiasa berbuat baik kepada pasangan, maka hati akan semakin faham bahawa segala kebaikan itu akan dipandang Allah SWT dengan pandangan rahmat.
Barulah ketika itu ikhlas datang dalam hati dan perbuatan kita. Sebenarnya ada banyak cara untuk melemahkan sifat ego dalam diri kita, antaranya ialah:





1. Fahami Situasi Semasa

Tak mungkin seorang suami enggan menghargai isterinya jika isteri betul-betul mengambil berat kecuali dia sedang dalam keadaan tidak normal.

Suami yang normal mesti membalas cinta dengan cinta, sentuhan dengan sentuhan, pertolongan dengan pertolongan, ambil berat dengan ambil berat juga.

Tak mungkin dia tak merespons kehangatan isterinya. Anda sebagai isteri juga mesti faham suami juga manusia sama seperti diri anda, kalau anda ada masalah atau tertekan atas sebab-sebab tertentu, pasti layanan anda kepada suami terganggu, bukan?

Maknanya, jangan kerana suammi tak balas kebaikan anda, lalu anda pun bawa diri dan mementingkan ego sendiri. Bagaimana kita melayannya, begitulah dia melayan kita. Kita sedia faham bahawa situasi amat mempengaruhi sikap manusia.

Suami yang ego memanglah senang nak dilawan dengan ego juga tetapi sampai bilakah anda mahu terbelenggu dengan situasi yang sama? Jadi, bukankah elok membiarkan situasi yang panas berlalu dengann sikap lebih bersahaja.

2. Tunjuk Pada Tuhan

Orang yang ego sentiasa mahu menunjuk dirinya benar dan orang lain salah. Harap anda tak terpancing dengan sikap pasangan yang ego. Bukankah lebih baik menjadi orang yang suka menunjukkan dirinya benar di hadapan Tuhan bukan di mata manusia?

Anda akan lebih berasa tenang jika anda tak peduli dengan sikap ego manusia yang menganggu anda kerana Allah sentiasa menjadi sandaran dan rujukan hati. Hati yang sentiasa bersama Allah tak kan sempat merasai pedihnya disakiti orang yang ego, sebab hati itu begitu sibuk memikirkan tentang kebaikan yang hendak dilakukan. Jadi tak sempatlah nak pedulikan orang ego.

3. Kalau Cinta, Ego Jadi Nikmat

Pelik tapi benar, kalau sedang jatuh cinta, manusia takkan peduli dibuli kekasih. Ingat saja masa-masa anda dan suami jatuh cinta. Pasti dengan senang hati dan bangganya anda jadi mangsa ego suami.

Disuruh apa pun anda sanggup buat, minta apa pun anda akan beri, marah sedahsyat mana pun hati anda tetap berbunga bila berjumpa. Senangnya nak hapuskan sifat ego di hadapan suami, cukup dengan usaha anda untuk jatuh cinta lagi kepadanya berkali-kali.

Bagaimana mendapatkan mood jatuh cinta? mahu menyuburkan rasa romantik? Salah satunya anda mesti mencintai diri anda dahulu. Cintai hati anda yang mahu berbuat baik, wajah anda yang sentiasa senyum redha, tangan dan kaki yang mahu berkorban untuk orang yang dicintai. Bercerminlah dan katakan 'hai si cantik' kepada wajah anda yang berseri. Barulah aura itu menyentap hati suami untuk jatuh cinta lagi hehehe.

Ego tak ego, kehidupan berumahtangga ini mesti diteruskan. Jangan biarkan kaki anda berhenti melangkah ke matlamat bahagia kerana sakit hati dengan ego suami. Ego sifatnya datang dan pergi, tapi cinta sejati yang menentukan apakah anda berdua dapat bertahan dalam suasana penuh toleransi.

Monday, February 27, 2012

04 February 2012

04 Feb 2012 is my big day. Resepsi merisik dan bertekol me n my chenta. Finally, almost 3 years bgerek. Tok adalah gambar sekitar majlis aku yang lepas..

                                                
Saat disarungkan cincin. :)


Keputusan Liga Perdana Inggeris 26 Februari 2012


Keputusan Liga Perdana Inggeris 26 Februari 2012 | EPL Result | Live Score EPL - Tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung dengan dua perlawanan tumpuan antara Norwich vs Manchester United dan Arsenal vs Tottenham.Berikut adalah keputusan Liga Perdana Inggeris EPL 26-02-2012.



KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 26 FEBRUARI 2012
 
Norwich vs Manchester United  1-2
Arsenal vs Tottenham 5-2
Stoke City vs Swansea 2-0 
 
 
 
Glory glory Manchester United!!
 
 


Friday, February 3, 2012

Updates

Its been a while tho Im not update my blog. A bit busy wit some stuff. Here I am, I am back wit my new story, wit the new me, new year and an new story. Lets make it short, tomorrow will be my big day. Resepsi Merisik dan bertekol between me n my love, D at my house.. So nervous and blurr.. aww.. Hope everythings akan berjalan lancar. After the resepsi, will busy to plan the next step. My e-day n wed day. cant wait for it.chaoss..

Sunday, December 11, 2011

Hari Raya Aidiladha

Salam Raya !! Haritok adalah Hari Raya Aidiladha utk semua umat Islam di seluruh dunia. Aku x terkecuali utk menyambut hari raya bersma famly tersayang.Awal pagi yang indah aku bangun bersama keluarga utk menunaikan Solat Aidiladha yang dilakukan sekali setahun. Mmg dha menjadi kewajipan kmkorg sekeluarga utk menunaikan solat bersma-sama di masjid ar rayyan permyjaya.

Spt biasa, thun tok sama macm tahun lepas juak.Hari Rya Hji disambut bsama keluarga tsayang dan tidak lupa My Chenta, Ismail Bin Daud. Best raya tahun tok sbb rumah kmkorg jdi studio eyh.Yahh..ko da? xdaa..Semua org bgambar sakan.Haruss..Apa lagik, jom layan gambar2 dibawah..!!!
The Ladies!! "_"




Me & D

Thursday, October 13, 2011

TIPS PERANCANGAN PERKAHWINAN

TIPS PERANCANGAN PERKAHWINAN

Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan,perlu ada perancangan yang teliti dan rapi agar majlis dapat berlansung dengan lancar, Di sini dipaparkan panduan yang mudah untuk bakal mempelai membuat perancangan majlis perkahwinan mereka.

12 BULAN SEBELUM
* Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.

* Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
* Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel,dewan atau rumah.
* Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau buffet.

11 BULAN SEBELUM
* Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
* Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
* Mengintai-intai pakaian perkahwinan.
* Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain.


10 BULAN SEBELUM
* Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
* Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
* Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajek.

9 BULAN SEBELUM
* Mengumpul nama tetamu.
* Pilih katering atau masak sendiri, Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakan kesulitan di masa akan datang.
* Pilihan jurufoto & juruvideo.

8 BULAN SEBELUM
* Menempah lokasi dan tarikh majlis, (Khusus untuk dewan & hotel)
* Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.


7 BULAN SEBELUM
* Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
* Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
* Memilih jurusolek.

6 BULAN SEBELUM
* Mula menempah kad perkahwinan.
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam.
* Menjalani ujian darah/HIV.

5 BULAN SEBELUM
* Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit,menyedang pakaian)
* Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan

  (undangan,kek pengantin,bunga pegang, penghias majlis)
* Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM
* Pilih cincin kahwin.
* Menyiapkan gubahan hantaran(sama ada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
* Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
* Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

2 BULAN SEBELUM
* Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
* Bersama bakal pasangan menyedang pakian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
* Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM
* Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu,sauna)
* Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
* Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
* Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
* Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda.Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

3 MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANSUNG
* Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
* Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.

SEMINGGU SEBELUM.
* Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
* Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
* Hindari konflik, tenangkan hati.

DI HARI PERKAHWINAN.
* Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
* Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
* Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

Thursday, October 6, 2011

Wanita & Unsur

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Menenangkan pasangan.
4) Sangat romantis
5) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah